Perniagaan dan risiko ibarat isi dan kulit. Perniagan datang lengkap dengan pakej risiko. Jika tidak sanggup menghadapi risiko maka lupakanlah untuk berniaga.
Risiko tidak kira samaada kecil atau besar ianya harus di tempuh oleh setiap peniaga.
Risiko tidak harus dirunsingkan tetapi mestilah diuruskan. Sebagai peniaga kita mesti mengenal pasti apa risiko yang bakal dihadapi. Ini membolehkan kita bersedia jika perkara buruk berlaku. Kita harus menyediakan perancangan pengurusan risiko bagi menghadapi setiap risiko yg bakal tiba.
Ingat risiko hanya boleh diminima kan tetapi tidak boleh dihapuskan terus.
Contoh risiko yang dihadapi oleh peniaga adalah seperti kegagalan pembekal membekalkan bahan atau barangan kepada peniagaan. Bila perkara ini berlaku , peniaga akan menghadapi masalah membekalkan barangan kepada "end user" atau pengguna. Ini boleh mengakibatkan pelanggan lari dan membeli dari pesaing.
Bagi mengurangkan risiko ini, peniaga haruslah menyimpan sedikit stock di tangan dan jangan biarkan stock terus kosong. Peniaga harus mengangarkan berapa masa yg perlu bagi pembekal untuk membekalkan semula barangan buat kita.
Sekurang kurangnya kita dapat mengurangkan "gap" masalah supply kepada pengguna.
.
Sekian tips untuk hari ni.
Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment