Monday, November 7, 2016

IMAN

Assalamualaikum,

Iman. Kita mengaku kita beriman. Ustaz-ustaz mintak tolong perjelaskan akan maknanya Iman. Aku sudah pasti tidak dapat menjelaskannya kerna aku bukannya Ustaz. 

Bagiku, iman itu adalah PERCAYA. Hanya dengan adanya kePERCAYAan maka baru adanya Iman. Kita semua tahu bahawa sebagai Umat Islam kita mestilah berpegang teguh pada rukun Islam dan Rukun Iman.

PERCAYA KEPADA ALLAH

Percaya sesungguhnya yakni kita bersaksi dengan hati, mengaku dengan lidah dan perlaku dengan perbuatan akan wujudnya Allah tuhan sekalian alam. Tidak ada tuhan lain melainkan Allah dan kita Percaya akan ujudnya Allah. Walaupun pada zahirnya tidak nampak tetapi kewujudanNya nyata sekali dengan adanya Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Kita tidak nampak akan Allah. Tetapi kita PERCAYA akan wujudnya tuhan. Maknanya Iman itu wujud kerna adanya KEPERCAYAAN.

Tapi harus diingat Kita hanya perlu beriman kepada 6 perkara yang telah dinyatakan dalam RUKUN IMAN SAHAJA. Tak boleh kata percaya kat saya makna nya telah beriman pada saya. TIDAK. itu salah. SALAH sama sekali. Dah terpesong AKIDAH tuh. Cuma beriman pada 6 perkara.

Bagaimana bisa kita menjaga Iman agak tidak terosak. Makanya tambahkanlah kepercayaan kita. Tolak kepercayaan lain selain dari yang digariskan ISLAM.

Saya tahu, Iman ini ibarat gelombang. Ada naik ada turun. Bagaimana bisa mengekalkan Iman itu. Makanya dekatkanlah diri dengan Majlis-majlis Ilmu. Jauhilah Majlis-Majlis maksiat.

Perniagaan & Risiko

Perniagaan dan risiko ibarat isi dan kulit. Perniagan datang lengkap dengan pakej risiko. Jika tidak sanggup menghadapi risiko maka lupakanlah untuk berniaga.

Risiko tidak kira samaada kecil atau besar ianya harus di tempuh oleh setiap peniaga.

Risiko tidak harus dirunsingkan tetapi mestilah diuruskan. Sebagai peniaga kita mesti mengenal pasti apa risiko yang bakal dihadapi. Ini membolehkan kita bersedia jika perkara buruk berlaku. Kita harus menyediakan perancangan pengurusan risiko bagi menghadapi setiap risiko yg bakal tiba.

Ingat risiko hanya boleh diminima kan tetapi tidak boleh dihapuskan terus.

Contoh risiko yang dihadapi oleh peniaga adalah seperti kegagalan pembekal membekalkan bahan atau barangan kepada peniagaan. Bila perkara ini berlaku , peniaga akan menghadapi masalah membekalkan barangan kepada "end user" atau pengguna. Ini boleh mengakibatkan pelanggan lari dan membeli dari pesaing.

Bagi mengurangkan risiko ini, peniaga haruslah menyimpan sedikit stock di tangan dan jangan biarkan stock terus kosong. Peniaga harus mengangarkan berapa masa yg perlu bagi pembekal untuk membekalkan semula barangan buat kita.

Sekurang kurangnya kita dapat mengurangkan "gap" masalah supply kepada pengguna.
.
Sekian tips untuk hari ni.

Terima kasih kerana sudi membaca.